Wednesday 30 November 2011

Sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2011


Kesesakkan lalu lintas sewaktu tiba di PWTC



Dihadapan Poster Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


Coretan Peristiwa Kegemilangan UMNO dalam Menuntut Kemerdekaan 


Dihadapan Poster Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad


Dihadapan poster Datuk Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak


Bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Bersama Mantan Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin




Saturday 26 November 2011

Program Pengukuhan Jati Diri Bangsa Anjuran PDRM & GAPENA

Tarikh : 26 November 2011 (SABTU)
Masa : Jam 0800 hingga 1700
Tempat : Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, KL
Anjuran : Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dan GAPENA










Thursday 24 November 2011

Mesyuarat Agong Pertama


Persatuan Putra Negeri Perak : Assalamualaikum Mohon Maaf pada semua ahli persatuan hasil perbincangan dengan Paduka Tok Ayah dan status permohonan bagi dewan utuk Majlis Mesyuarat Agong, info terkini tolong sebarkan,untuk majlis Mesyuarat Agong Persatuan Putra Negeri Perak telah di tunda pada ketetapan berikut Tarikh 08/01/2012 pada hari Ahad. Harap maklum

Saturday 19 November 2011

Sejarah PUTRA



Bermulanya konvensyen Pertama penubuhan Persatuan Putra Malaysia di Pulau Besar Melaka pada 15 jun 2007 sehingga 17 jun 2007 yang telah pun bermesyuarat dan menetapkan bahawa bagi setiap Negeri menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penaja peringkat Negeri masing masing.dan bagi memproses pendaftaran Persatuan Putra Malaysia bertitik tolak daripada mesyuarat yang diadakan tersebut maka tertubuhlah Ahli jawatankuasa Penaja Peringkat Negeri perak.
    
Ahli-ahli  Persatuan Putra Perak terdiri dari pada golongan profesional, Pendidik, kakitangan kerajaan swasta dan orang perseorangan.di mana persatuan ini amat mementingkan Ukhuwah persaudaraan. Antara aktiviti yang di lakukan pada peringkat Penaja adalah Majlis Silatulrahim & penerangan penubuhan Persatuan Putra Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dewan Taman Meru Ipoh Perak Darul Ridzuan pada 9 Mei 2009.
    
Pada 7 Februari 2009 Ahli Jawatankuasa telah pun Membuat satu laporan Polis susulan kejadian Majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar.
    
Selaku badan NGO Persatuan menyokong sepenuhnya Kesultanan Negeri Perak dan  Kedaulatan Institusi Raja-Raja Berpelembagaan dan Persatuan Putra dan bersama sama dengan NGO Negeri Perak telah mengadakan perhimpunan Aman dan menyerahkan memorandum Taat Setia kepada Sultan Negeri Perak dan Institusi Raja-raja berpelembagaan.


Friday 18 November 2011

Perlembagaan PUTRA


FASAL 1
NAMA : Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan PUTRA Malaysia

FASAL 2

DASAR PUTRA IALAH:-
Mematuhi KITABULLAH dan SUNNAH RASULULLAH S.A.W serta mendukung Perlembagaan Negara dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

FASAL 3

ASAS DAN TUJUAN:-
PUTRA adalah sebuah persatuan yang mendukung cita-cita Muslim. Tertakluk kepada Fasal 2 perlembagaan ini, asas dan tujuan PUTRA adalah:
3.1 Menyeru ahli dan masyarakat Malaysia ke jalan Allah dan Rasulnya, serta sentiasa mematuhi KITABULLAH dan SUNNAH  RASULULLAH S.A.W dan mendukung Perlembagaan Negara Malaysia dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
3.2 Menyeru kearah perpaduan dan kerjasama erat sesama ahli khususnya dan setiap individu amnya melalui penggalakan ke atas aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan dan meninggalkan aktiviti-aktiviti yang membawa keburukan (AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR)
3.3 Menjalankan program dan aktiviti untuk manfaat ahli dan masyarakat.
3.4 Memelihara kebajikan ahli.
3.5 Memartabatkan kedudukan ekonomi ahli.
3.6 Memartabatkan taraf ilmu ahli.
3.7 Mengadakan aktiviti berunsur riadah dan kesihatan untuk membina ahli dan masyarakat yang berproduktiviti tinggi.
3.8 Mengambil perhatian dan membantu golongan yatim piatu, fakir miskin, musafir serta mereka yang dalam kesusahan kehidupan.
3.9 Menambahkan tabung kewangan PUTRA untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.
3.10 Sentiasa memohon taufik dan hidayah serta kekuatan untuk menjalankan segala perintah ALLAH Subhanahuwataala serta meninggalkan larangannya. Semoga dikurniakan keredhaan ALLAH Subhanahuwataala di dunia dan di akhirat.

(SURAT KELULUSAN)



(SIJIL PENDAFTARAN)



Thursday 17 November 2011

Bengkel Kejurulatihan Program Pencegahan Jenayah : Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA)


ABANG LONG DS KINI BERADA DI HOTEL GRAND CONTINENTAL DI JALAN BELIA / JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR UNTUK MENJALANI BENGKEL KEJURULATIHAN PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH : KESELAMATAN KELUARGA TANGGUNGJAWAB KITA (SEKATA) SELAMA 3 HARI 2 MALAM BERMULA 16/11/2011 SEHINGGA 18/11/2011 ANJURAN LPPKN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM











(GAMBAR KENANGAN BERSAMA WAKIL GPMS DAN PUSPANITA)


(GAMBAR KENANGAN BERSAMA PESERTA MODUL REMAJA)













Tuesday 15 November 2011