Wednesday 4 January 2012

Logo HALAL Swasta yang di HARAMKAN


SHAH ALAM – Masih banyak premis makanan didapati masih menggunakan logo yang dikeluarkan pihak swasta walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang mereka berbuat demikian mulai semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Seksyen 7 dan Seksyen 9 di sini semalam melibatkan kira-kira tujuh premis makanan mendapati kebanyakan logo halal yang dipamerkan di premis mereka masih dikeluarkan oleh syarikat swasta antaranya Islamic Food and Research Centre Asia (IFRC).

Hanya sebuah premis makanan didapati mempamerkan logo halal Jakim iaitu Old Town White Coffee.


(LOGO HALAL JAKIM TERBARU)


Sementara itu, pengusaha Restoran dan Kafe Hailam Kopitiam, Alvex Wee memberi alasan dia mengalami kesukaran mendapat kelulusan bagi logo halal Jakim selepas empat kali permohonannya ditolak.

“Jakim meminta agar setiap produk makanan disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah sukar ditunaikan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, premis perniagaannya masih menggunakan logo halal IFRC dan benar-benar berharap mendapat sijil halal Jakim supaya pelanggan beragama Islam merasa lebih yakin makan di restorannya.

Kosmo! semalam melaporkan berkuat kuasa semalam semua premis makanan diwajibkan mempamerkan logo halal yang dikeluarkan Jakim.

Sumber: Kosmo (2 Januari 2012)

No comments:

Post a Comment