Monday 23 January 2012

Pengertian Dakwah


‎(Pengertian Dakwah yang sebenar untuk para pejuang fisabilillah )
Dakwah ialah gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai kepada agama.

* Dari Bahasa yang bermaksud : meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, menyeru, mengajak, memanggil dan melaung.

* istilah: usaha untuk mengajak manusia kepada mempercayai dan mentaati ajaran Islam
* Muhammad al-Ghazali : maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap yang ke semua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang ,emjadi pertunjuk kepada mereka.

* Dr. Yusuf al-Qardawi : Dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama dalam melaksanakan segala ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan sgala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan dari Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan berjihad pada jalanNya.
* Dr Rauf Shalabi : dakwah Islamiah ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan dariapda keadaan sempit kepada keadaan lapang sama ada dunia atau akhirat.
* Kesimpulan daripada penerangan tokoh-tokoh di atas pasal dakwah ialah " Usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah".
* Ayat al-Quran menerangkan pasal dakwah yang bermaksud " Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu denga hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk". ( surah al-Nahl : 125)

10.2 Hukum Dan Dalil-dalil kewajipan berdakwah

* Tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap oragn islam ialah dakwah.
* Dalil al-Quran tentang kewajipan berdakwah :
1. Firman Allah yang bermaksud " Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.".
2. Firman Allah yg bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang emereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) TuhanMu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada ajaln yang lurus." (surah al-Hijr : 67)
3. Hadith Rasulallah s.a.w yang bermaksud : " Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawap : Untuk Allah, Kitabnya dan RasulNya dan utnuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya".

As-Sayyid Naufal menjelaskan:-
- Hukum berdakwah adalah fardu ain dan fardu kifayah.
- Hukum berdakwah fardu Ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas di dalam Islam. Orang jahil berada di mana-mana.
- Fardu Kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih di pertanggungjawabkan de atas mereka dalam urusan dakwah.

Muhammad Abu zahrah berpendapat :-
- Dakwah fardu ain memandangkan para sahabat dan para tabi'in mengambil bahagian dengan sepenuhnya terhadap usaha dakwah.
- Fardu Kifayah ke atas jemaah Islamiah.

Abd. Karim Zaidan menjelaskan :-
- Kewajipan berdakwah ke atas seseorang itu ada 2 peringkat :
1. Peringkat perseorangan yang mesti dilakukan oleh setiap orang muslim berdasarkan dia seorang Islam.
2. Peringkat berjemaah berdasarkan dia menjadi anggota jemaah.

Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya.

10.3 Matlamat dakwah

- merialisasikan tugas perhambaan manusia hanya kepada Allah s.w.t. secara total.
- Matlamat UTAMA dakwah adalah mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah serta memperjuangkannya sebgai Al-Din yang syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sistem Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. 

10.4 Asas-asas Dan Rukun-rukun dakwah

Terdapat 3 Asas utama Dakwah ;-

1. Aqidah.
- ialah inti atau hakikat sebenar kepada dakwah.
- merupakan satu-satunya yang dapat menghubungkan seseorang hamba dangan Tuhannya.

2. Syariah.
- bererti jalan yang digariskan untuk dijalani di atsnya dan apa yang dimaksudkan dengannya ialah kewajipan yang zahir yang dilaksankan anggota-anggota.
- syariat yang dikehendaki Allah ialah yang mengatur kehidupan manusia, dalam keseluruhan aspek, pemerintahan, ekonomi dan sebgainya.

3. Akhlak. 
- Untuk menarik orang bukan Islam ialah memberi contoh yang baik melalui perbuatan terpuji.

Rukun Dakwah terbahagi kepada 5 iaitu :-

1. al-Dai' ( pendakwah) :
a) Ilmu sebelum berdakwah
b) niat yang ikhlas.
c) Baik tingkah laku. 
d) Berhikmah ketika berdakwah
e) Bersabar selepas berdakwah
f) Bersemangat juang dan berkorban. 

2. mad'u ( sasaran atau penerima dakwah) :-
a) Golongan atasan dan elit - dengan bukti-bukti yang logik
b) Golongan kebanyakan- penuh dengan hikmah
c) Penentang - berdebat dengan cara yang baik

3. al-Maudhu' ( objek atau topik dakwah / apa yang didakwahkan kepada sasaran dakwah ) :
- yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah,syariah dan akhlak.

4. Uslub al-Dakwah ( cara atau teknik berdakwah ) ;
- lebih dikenali dengan method penyampaian dakwah.
- seperti :
i. Penuh berhikamah.
ii. Berperingkat-peringkat.
iii. Baik serta pelabagai cara lagi.
- Contoh cara terbaik ialah cara yang ditunjukkan oleh para nabi dan Rasul terutama Nabi Muhammad s.a.w.

5. Wasilah ( cara penyampaian )
- Termasuk dengan menggunakan media cetak atau melalui media elaktronik seperti tv, aradio, internet dan sebagainya.


10.5 Metodologi dakwah

Metod dakwah ialah berhubung dengan cara penyampaian Islam dan menghilangkan halangan-halangan penyampaian.
Metodologi dakwah bermaksud kajian mengenai cara atau kaedah penyampaian Islam kepada sasaran.

Asas Method Dakwah 

Method dahwah adalah seperti berikut :

a) Meneliti sasaran dakwah. 
Rasulallah berdakwah kepada semua golongan dan peringkat masyarakat. Rasulallah menggunakan pelbagai cara yang bersesuaian dengan keadaan sasaran. Hal ini penting keran setiap kelompok mempunyai masalah dan keperluannya yang tersendiri.

b) Berhujah secara Rasional dan ilmiah ( Penjelasan yang nyata dan jelas)
- Mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran hendaklah jelas, sehingga tidak membawa kepada kekaburan dan silap faham.
- Rasulallah menyampaikan Islam dan menegekkan kebenaran Islam berdasarkan ilmu dan rasional, bukannya dengan perasaan dan emosi.

c) menggunakan bahasa yang baik dan cara yang menarik
- Rasulallah dibekalkan oleh Allah kemampuan menggunakan bahasa yang betul dan indah. Ini penting dalam menghadapi masyarakat arab yang ketika itu sedang memuja keindahan bahasa, dan ternyata bahasa al-Quran yang diturunkan kepada Rasulallah sebagai asas untuk dakwah, lebih tinggi dan lebih indah daripada apa yang pernah mereka dengar dalam penggunaan masyarakatnya.

d) Berdakwah dengan perkataan dan tulisan.
- Rasulallah menjalankan dakwah bukan sekadar berucap dan bercakap tetapi lebih daripada itu.
- Banyak surat-surat baginda yang dihantar kepada pemimpin-pemimpin lain menyeru kepada Islam.
- Walaupun Rasulallah tak tahu menulis tetapi kerana kepentingan media tulis ini dalam perhubungan menusia maka dilatihnya para sahabat untuk menjalankan tugas tersebut.

e) Berdakwah dengan amalan dan perlaksanaan
- Idea Islam yang disampaikan oleh Rasulallah bukan sebgai bahan untuk latihan mental, tetapi pengajaran yang perlu diamalkan dan dihayati dala kehidupan seharian.
- Kehidupan Rasulallah mencerminkan idea Islam itu sama ada dalam kehidupan individu, keluarga, berjiran dan bermasyarakat.
- Syaidatina Aishah menjelaskan peribadai rasulallah ialah al-Quran.
- Al-Quran menegaskan kesempurnaan peribadi rasulallah adalah model.
- Amal merupakan buah ilmu dan hasil dari amalan melahirkan kebahagiaan jiwa dan ketenangan dalam masyarakat.

f) Berdakwah secara berkelompok dan berorganisasi
- Menjalankan dakwah memerlukan tenaga yang besar untuk keberkesanannya.
- Sebab itulah sejak awal-awal lagi Rasulallah telah mewujudkan kelompok untuk menjalankan kegitan dakwah.
- Gologan yang dibina oleh Rasulallah diikat dengan kesatuan aqidah, kesatuan kefahaman perjuangan dan kesatuan matlamat yang dikenali dengan nama sahabat.

g) Berperingkat-peringkat.
- Dakwah membawa pengajaran atau penyampaian pengajaran kepada pengikut secara berperingkat- peringkat.
- Tujuan supaya tidak memberatkan orang yang menerima dakwah tersebut.
- Seperti kewajipan yang dikenakan ke atas orang Islam yang mana tidak dibawa dalam bentuk sekali gus kerana kewajipan itu diturunkan oleh Allah satu persatu seperti pengharaman arak. Pemngharmannya adalah secara berperingkat.

h) Mudah.
- Agama Islam disampaikan kepada sasaran dengan cara yang mudah, kerana Islam itu sendiri mudah iaitu selaras dengan tabiat semulajadi manusia.
- Allah berfirman bermaksud : " Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesuakaran bagi kamu .... "

i) Menerangkan sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan.
- Suruhan dan larangan selalunya diselitkan dengan sbab-sbab mengapa dikenakan demikian.
- Seperti sembahyang, yang suruhannya ada tujuan tertentu. Firman Allah yang bermaksud " Dan dirikanlah sembahyang, sesnungguhnya sembahyang itu mencegah kekejian dan kemungkaran"

j) Menggunakan kekerasan apabila perlu dalam berdakwah.
- Dlam dakwah tak semesti sentiasa aman sebab dakwah mungkin menyentuh kepentingan seseorang atau golongan yang terasa tergugat.
- Islam mengharuskan penggunaan kekerasan untuk meneruskan pergerakan dakwah Islam, tetapi harus bijak dalam mengukur kekuatan kita dengan kekuatan musuh supaya tidak terjebak dalam bahaya sebelum kita menghadapinya.
- Menggunakan kekerasan dalam menjalankan dakwah bukannya menceroboh, tetapi menyampaikan kebenaran kepada manusia yang berhak mendengarnnya dan menerimanya.

No comments:

Post a Comment