Sejarah


Bermulanya konvensyen Pertama penubuhan Persatuan Putra Malaysia di Pulau Besar Melaka pada 15 jun 2004 sehingga 17 jun 2004 yang telah pun bermesyuarat dan menetapkan bahawa bagi setiap Negeri menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penaja peringkat Negeri masing masing.dan bagi memproses pendaftaran Persatuan Putra Malaysia bertitik tolak daripada mesyuarat yang diadakan tersebut maka tertubuhlah Ahli jawatankuasa Penaja Peringkat Negeri perak.
    
Ahli-ahli  Persatuan Putra Perak terdiri dari pada golongan profesional, Pendidik, kakitangan kerajaan swasta dan orang perseorangan.di mana persatuan ini amat mementingkan Ukhuwah persaudaraan. Antara aktiviti yang di lakukan pada peringkat Penaja adalah Majlis Silatulrahim & penerangan penubuhan Persatuan Putra Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dewan Taman Meru Ipoh Perak Darul Ridzuan pada 9 Mei 2009.
    
Pada 7 Februari 2009 Ahli Jawatankuasa telah pun Membuat satu laporan Polis susulan kejadian Majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar.
    
Selaku badan NGO Persatuan menyokong sepenuhnya Kesultanan Negeri Perak dan  Kedaulatan Institusi Raja-Raja Berpelembagaan dan Persatuan Putra dan bersama sama dengan NGO Negeri Perak telah mengadakan perhimpunan Aman dan menyerahkan memorandum Taat Setia kepada Sultan Negeri Perak dan Institusi Raja-raja berpelembagaan.




(SURAT KELULUSAN)


(SIJIL PENDAFTARAN)