Perlembagaan


FASAL 1

NAMA : Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan PUTRA Malaysia


FASAL 2

DASAR PUTRA IALAH:-

Mematuhi KITABULLAH dan SUNNAH RASULULLAH S.A.W serta mendukung Perlembagaan Negara dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 


FASAL 3

ASAS DAN TUJUAN:-

PUTRA adalah sebuah persatuan yang mendukung cita-cita Muslim. Tertakluk kepada Fasal 2 perlembagaan ini, asas dan tujuan PUTRA adalah:


3.1 Menyeru ahli dan masyarakat Malaysia ke jalan Allah dan Rasulnya, serta sentiasa mematuhi KITABULLAH dan SUNNAH  RASULULLAH S.A.W dan mendukung Perlembagaan Negara Malaysia dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

3.2 Menyeru kearah perpaduan dan kerjasama erat sesama ahli khususnya dan setiap individu amnya melalui penggalakan ke atas aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan dan meninggalkan aktiviti-aktiviti yang membawa keburukan (AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR)

3.3 Menjalankan program dan aktiviti untuk manfaat ahli dan masyarakat.

3.4 Memelihara kebajikan ahli.

3.5 Memartabatkan kedudukan ekonomi ahli.

3.6 Memartabatkan taraf ilmu ahli.


3.7 Mengadakan aktiviti berunsur riadah dan kesihatan untuk membina ahli dan masyarakat yang berproduktiviti tinggi.


3.8 Mengambil perhatian dan membantu golongan yatim piatu, fakir miskin, musafir serta mereka yang dalam kesusahan kehidupan.


3.9 Menambahkan tabung kewangan PUTRA untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.

3.10 Sentiasa memohon taufik dan hidayah serta kekuatan untuk menjalankan segala perintah ALLAH Subhanahuwataala serta meninggalkan larangannya. Semoga dikurniakan keredhaan ALLAH Subhanahuwataala di dunia dan di akhirat.