Wednesday, 18 January 2012

Apa Nak Jadi dengan Remaja Kita??



KUALA LUMPUR: Dosanya amat kecil – melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga.
Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan menunggu kedatangannya.
“Tiga daripada mereka meluru ke arahnya dalam keadaan marah dan mempersoalkan tindakannya yang tersenyum ketika melihat mereka beberapa hari lalu.
“Bagaimanapun, mangsa berdiam diri. Tindakan mangsa membisu mengundang marah kumpulan remaja terbabit lalu memukulnya beberapa kali di badan,” katanya.
Harian Metro

Jauhkan Sifat Dengki Sesama Muslim


Awie disantau tuju-tuju
Oleh Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my

IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.
Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Thursday, 5 January 2012

Analisis 901

Analisis 901


i. Tiada sesiapa pun terkecuali dari ikatan undang-undang negara termasuk DSAI. Contoh keputusan mahkamah ke atas kes Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Harun Idris, Tan Sri Kasitah Ghadam, Datuk Seri Khir Toyo dan lain-lain.


ii. Kes ini adalah kes perbicaraan mahkamah antara dua individu (Saiful Bukhari Azlan lawan DSAI) dan tiada kaitan dengan Kerajaan dan rakyat. Oleh itu, ia tidak wajar dipolitikkan. 


iii. Tiada sebab DSAI menolak keputusan mahkamah kerana telah diberi masa dan peluang yang lebih dari cukup dan istimewa untuk membela diri. 


iv. Mana-mana pihak termasuk parti pembangkang tidak wajar bertindak menghasut rakyat bagi mempengaruhi keputusan mahkamah melalui apa jua tindakan termasuk demonstrasi.


v. Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara. Jika itu yang dituntut oleh penyokong-penyokong DSAI, maka negara dan sistem kenegaraannya akan hancur lebur. 


vi. DSAI telah memanfaatkan sistem kehakiman yang sama untuk menuntut keadilan dan pernah memenangi beberapa kes. Oleh itu kenapa sistem yang sama itu dipersoalkan? Contoh: ‘DSAI pernah menang RM6 juta dalam kes buku 50 dalil kenapa Anwar tidak layak jadi PM’. 


vii. Rakyat tidak seharusnya diheret ke dalam kancah kes peribadi DSAI.  Sesiapa sahaja perlu menghadapi kes masing-masing dan menerima hukuman seadanya.


viii. Tindakan DSAI berarak ke seluruh negara membela diri sebelum keputusan mahkamah adalah tindakan yang zalim terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara. Ini adalah agenda politik peribadi DSAI. 


ix. Gerakan membebaskan DSAI adalah agenda politik dan bukan bertujuan mencari keadilan. Ini kerana sekiranya beliau didapati bersalah maka beliau boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan. Ini menunjukkan sistem kehakiman negara adalah adil dan tidak zalim. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat menghormati sistem ini. 


x. Perhimpunan haram ini boleh mengakibatkan ketenteraman awam terancam, menyusahkan urusan harian rakyat dan mencemarkan imej negara di mata dunia.  Keadaan ini juga akan memberi kesan langsung kepada sosio-ekonomi negara dan akhirnya rakyat yang menanggung beban.


xi. Rakyat seharusnya lebih matang untuk berhadapan dengan kes-kes seperti ini dan jangan sekali- kali memperjudikan kedaulatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat yang telah dikecapi sekian lama hanya kerana kes mahkamah yang melibatkan seseorang individu.

Wednesday, 4 January 2012

5 Sungai Dikuasai KUFFAR Tanda Kebangkitan IMAM MAHDI


Antara tanda2 besar kebangkitan Imam Mahdi adalah seperti berikut:

1. lima sungai besar dunia dikuasai oleh kaum kafir.
2. kehancuran Mesir disebabkan keringnya air Sungai Nil.
3. pencerobohan kuasa Barat ke dalam Mesir sebelum kemunculan Sufyani.

Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan mengenai 
penguasaan lima sungai tersebut.

"(Di antara tanda2 kedatangan Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik."

(Nota: Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.)

Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari:

"Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah 
Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam.Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali Sungai Nil.

Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah.

Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai 
tersebut di Mesir akan menjadi kering.

Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nil.

Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion.

Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi dikatakan akan muncul!

Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan.

SUMBER : TV9

Logo HALAL Swasta yang di HARAMKAN


SHAH ALAM – Masih banyak premis makanan didapati masih menggunakan logo yang dikeluarkan pihak swasta walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang mereka berbuat demikian mulai semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Seksyen 7 dan Seksyen 9 di sini semalam melibatkan kira-kira tujuh premis makanan mendapati kebanyakan logo halal yang dipamerkan di premis mereka masih dikeluarkan oleh syarikat swasta antaranya Islamic Food and Research Centre Asia (IFRC).

Hanya sebuah premis makanan didapati mempamerkan logo halal Jakim iaitu Old Town White Coffee.


(LOGO HALAL JAKIM TERBARU)


Sementara itu, pengusaha Restoran dan Kafe Hailam Kopitiam, Alvex Wee memberi alasan dia mengalami kesukaran mendapat kelulusan bagi logo halal Jakim selepas empat kali permohonannya ditolak.

“Jakim meminta agar setiap produk makanan disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah sukar ditunaikan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, premis perniagaannya masih menggunakan logo halal IFRC dan benar-benar berharap mendapat sijil halal Jakim supaya pelanggan beragama Islam merasa lebih yakin makan di restorannya.

Kosmo! semalam melaporkan berkuat kuasa semalam semua premis makanan diwajibkan mempamerkan logo halal yang dikeluarkan Jakim.

Sumber: Kosmo (2 Januari 2012)