Thursday 29 December 2011

Bebayang



Bebayang
(Pm Dato' Paduka Dr Mohd Rosli)

apa ditakut pada bebayang
bebayang itu datang
datang mengekori setiap masa dan waktu
bebayang yang serupa dalam pencariannya

bebayang mengintai ruang
mengintai peluang
tapi ditutup rapat serapat-rapatnya

tunggul di waktu malam dikata hantu
tapi tak sedar mereka berkawan dengan hantu
pemusnah bangsa ku

lantang transformasi
mohon laksanakan dan bukan retorik
panggil ilmuan dalam penasihatan
menasihat untuk kemajuan
bukan cuma untuk jalan pergaduhan sahaja
hindari puak dan kumpulan
berilah ruang dan peluang
pada bebayang baharu yang boleh menyumbang
bebayang yang tinggi nilainya
yang telah kau campakkan di pelimbahan
namun ia tetapi bersinar
menyinari setiap pelosok alam

muncullah bebayang
terangilah ini bumi yang bertuah

No comments:

Post a Comment