Thursday 22 December 2011

"PUTIH TETAP PUTIH" "30 TETAP 30"

Asslamualaikum w.b.t terlebih dahulu Abg Long ingin memohon maaf kepada rakan-rakan seperjuangan 30 andai coretan ini ada yang terguris dan tidak puas hati dengan Abg Long. Abg Long menulis ini, sebab inginkan kita tidak bercakaran sesama MELAYU dan rakan SEPERJUANGAN 30. Sikap tidak puas hati eloklah dilakukan dengan muzakarah dan musyawarah bersama orang yang kita tidak puas hati bukan "sound" orang tu ikut sesuka hati kita lebih-lebih lagi di tempat orang meninggal. Kita junjung Al-Quran yang sama, sumpah yang sama namun mengapa harus bersikap begitu? jika tidak puas hati kerana politik eloklah dielakkan daripada membawanya terus dalam perjuangan 30. "Politik adalah politik", "30 tetap 30" dua-dua ini amat berbeza. Perbezaan kita hanya pada ideologi politik namun persamaan kita di perjuangan 30 ini. Abg Long tegaskan bahawa Abg Long bawa PUTRA  dan wujudkan Majlis Jemaah Hulubalang Putra Melaka (M.J.H.P.M) ini bukan untuk bermusuhan dengan sesiapa tapi Abg Long nak bersatu dan bawa perjuangan yang IKHLAS demi ALIF BA TA. Jika ada yang mencari gaduh dengan Abg Long, Abg Long biarkan sahaja bukan kerana Abg Long takut dengan dia tapi kerana Abg Long masih ingat kata-kata Ayahanda Abg Long "KITA SAMA-SAMA MELAYU, JIKA LUDAH DI LANGIT AKAN KENA JUGA PADA MUKA KITA, DIA DARAH DAGING KITA SESAMA ISLAM". 

No comments:

Post a Comment