Sunday 25 December 2011

Sajak Ruang dan Peluang


Ruang dan Peluang
(Pm Dato' Dr Mohd Rosli Saludin)

Kenapa ditakut pada bebayang
kenapa dinilai pada luaran
kenapa ditafsir pada penglihatan
penglihatan membunuh perasaan
perasaan sukar digambarkan
melihat Melayu ingin bersatu
bersatu bersama adat dan agamanya

jangan dibunuh Melayu itu kerana lain alirannya
dekati mereka dan satukan dibawah panji adat, budaya dan agamanya
selami hati nuraninya yang kudus, suci lagi bersih
sebersih air di kali yang belum dicemari

beri peluang dan ruang padaku
akan ku bukti pada dunia
aku boleh menyatukannya
jadikan Melayu kuat seperti dahulunya
disegani dan dihormati oleh semua

buang persepsi dan prasangka
buang anggapan serong yang menggila
canai transformasi yang dicanang
canai supaya jadi realiti
kita kuat seperti dahulu
jadi tuan dalam segalanya
bertuankan adat, budaya dan agama

jika ruang dan peluang itu tiba
akan aku buktikan sebaiknya
akulah contoh terhebat yang patut diikuti





No comments:

Post a Comment